Semua coretan dibawah ini adalah datang dari hati dan sanubari yang pemalu ini
Malaysia adalah sebuah negara yang bebas dan demokrasi. Bebas memilih untuk makan apa sahaja. Kita boleh makan nasi, mee, bihun, koey teow, bubur, sayur, daging, ayam dan berbagai-bagai lagi asalkan tidak bercanggah dengan agama dan kepercayaan seseorang individu tersebut. Walau bagaimanapun jika bercanggah, individu itu tidak pun ambil peduli. Asalkan sedap katanya.
Memang tidak salah jika saya mengatakan bahawa rakyat Malaysia memang suka makan. Kajian menunjukkan setelah umur menjangkau 20-an, seseorang itu akan mengalami proses pembuncitan perut. Walaupun beliau mengamalkan hidup yang sihat dan bersenam selalu. Pembuncitan perut ini sememangnya tidak dapat dielakkan. Melainkan seseorang itu rajin mengangkat besi dan sanggup menghabiskan wang beratus ringgit untuk pergi ke Gimnasium. Walaupun ditempat tinggal saya ini mempunyai sebuah gimnasium yang lengkap dengan peralatan tapi saya gagal untuk pergi kesana dengan harapan ingin melangsingkan pinggang dan menjadi perut yang bakal buncit ini berketul-ketul seperti The Rock.
Sememangnya tidak dapat dinafikan, saya sememangnya suka makan. Ditambah pula, minum sambil makan terutamanya pada waktu makan malam sambil menonton rancangan kegemaran ramai iaitu Buletin Utama. Ia telah menjadi tabiat sejak saya disekolah menengah lagi dan tidak dapat dibendung hingga keperingkat universiti. Kepada mereka yang masih belum terlambat, silalah kawal tabiat minum sambil makan itu. Ini adalah dikecualikan kepada mereka yang rajin pergi ke gim.
Majoriti rakyat Malaysia yang sebenar sememangnya suka makan nasi. Terutama pada waktu tengahhari dan makan malam. Paling dasyat jika ditambah tengah makan tengahmalam. Ini adalah kerana di Malaysia, amat mudah untuk mencari tempat makan terutamanya selepas tengahmalam. Kedai mamak adalah yang paling popular dikalangan kita. Walaupun belanga atau kuali yang digunakan tidak dibasuh dengan bersih tambahan pula dengan sayur atau mee yang tidak dicuci dengan sempurna jika sudah masuk kedalam perut amat sedap rasanya. Tabiat makan rakyat malaysia memang sukar dibendung kerana dinegara ini sememangnya senang untuk mendapatkan makanan yang lazat berkrim disukai ramai. Tidak kiralah mahal atau murah. Walaupun anda seorang peminta sedekah, jika anda meminta sedekah dikaki lima selama 6 jam sudah pasti anda akan boleh makan Ayam KFC dinner plate tanpa air berkabonat. Paling kurang pun pasti dapat makan burger daging OTAI burger. Ini membuktikan bahawa rakyat malaysia suka memberi dan menerima. Adalah tidak mustahil jika meminta sedekah ini mungkin dijadikan kerja separuh masa menjelang tahun 2020.
Kembali semula kepada isu makan. Siapa tidak suka makan? Selain dari makan nasi, kita boleh makan angin tidak kiralah makan angin ditepi highway LDP, ditepi swimming pool Kelana Putri ataupun paling istimewa makan angin Restoran Suri Selera sambil menonton Astro Vaanavil.
Disamping itu juga, kita boleh makan hati. Makan hati ialah dimana kita pergi ke pasar dan meminta setengah kilo hati lembu untuk digoreng sambil makan bersama-sama nasi. Tambahan pula nasi tersebut bukan sebarang nasi tetapi ialah nasi lemak yang boleh didapati daripada peniaga peniaga tanpa premis yang sah atau dikenali sebagai nasi lori.
Dihadapan tempat tinggal saya di Kelana Putri, sememangnya seperti pesta nasi lori. Berbagai bagai juadah boleh didapati. Dengan berbekalkan dengan hanya RM5 anda boleh membeli ayam goreng panas, sayur, daging dan nasi tambah. Dan mungkin dengan baki tersebut bolehlah membeli air A&W botol di kedai auntie di lobby tempat tinggal saya.
Namun begitu, saya tidak berapa gemar untuk makan nasi lori ini adalah kerana jika dibandingkan dengan bahan bahan mentah yang boleh dibeli dari GIANT Supermarket amat pelbagai masakan itu nanti. Kepada yang pandai memasak, ini adalah satu kelebihan pada rakyat malaysia. Jika anda boleh memasak, anda boleh memasak pelbagai jenis masakan segera hinggalah tidak segera.
Oleh itu, kepada ibubapa yang mempunyai anak yang masih kecil haruslah mendidik dia untuk pandai memasak. Ini secara tidak langsung dapat meringankan beban para ibu. Seperti saya ini yang belajar memasak dari sekolah rendah hanya dengan bermula dengan masakan maggi berperisa kari. Kemudian menggoreng keropok sebakul dan makan secara solo dihadapan televisyen sambil menyaksikan alam ria cuti sekolah. Dan kini, dengan berkat usaha saya yang memasak dari kecil kini saya merupakan chef terkemuka dimata saya sendiri. Bermula dengan masakan maggi kari hinggalah kini telah berjaya memasak masakan maggi tomyam yang lazat memang tidak sia sialah usaha ibu saya meninggalkan saya keseorangan dirumah ketika beliau pergi mengaji.
Oleh kerana saya telah lari daripada topik sebenar, dengan ini terpaksalah saya menutup ringkasan coretan ini dengan serangkap pantun.
Masak maggi perisa kari,
Direbus bersama cili dan bawang,
Jika anda bijak bestari,
Kenapa perut ini dah besar macam perut beruang.
Ini adalah sebahagian daripada usaha sama saya sendiri untuk turut sama dalam Kempen Memblog dalam Bahasa Melayu.
FUYOH!!..
tahniah!
penyertaan belog ini telah mendapat 5 bintang dari saya…
memang betul apa yang dikatakan..
makan untuk hidup. hidup untuk makan..
penyertaan ini memanglah amat benar sekali dalam hidup saya. oleh itu.. bila saya baca penyertaan ini.. telah menyebabkan saya ketawa terbahak bahak hingga jatuh ke lantai. aduh~~ :pig:
okla..
biar saya membalas pantun :P
sekarang sudah boleh masak maggi tom yam
memang sedap kalau ada cili dan bawang
bila makan, bunyi bising nyam nyam nyam
perut besar tapi usah bimbang. :wink:
pergh,,,mesti 95% belia belia terasa.hahahha
makan maggie tuh patut die nobatkan…macam buat hari makan maggie ke….takpun bertafakur 1 min tiap tiap hari sebelum masuk kelas.. demi memperingati jasa jasa maggie kat belia belia..
meh aku jawab pantun.
makan maggie pagi pagi
maggie berhasiat sebab ade vitamin jimat
perut buncit membesar bukan salah kite
tapi sebab maggie tak bagi percuma alat melangsingkan perut
wow.. sokongan yg padu buat anda. fewwiiiiiiit!!!
jwpn pantun dr sy:
Masak maggi perisa kari,
Direbus bersama cili dan bawang,
Mmg sy bijak bestari,
Perut tu dah besar macam perut beruang coz hidup pun dah cam musang.
hew hew hew, :grin: lapar plak ako menbaca blog ni.. :lol:
masuk sem ni aku lum sentuh lagi maggi…:lol:
pe pun aku tak pandai nak balas pantun…:cute::censored:
kesimpulan: makan maggi kalo tak de lauk lain…..:razz::lol:
tauler ko tuh kurus, tinggi lak tuh…
hehe..baru je mkn megi ngn 3 org ank sedara yg botak2 yang dikongsi dlm satu mangkok besar,each one holding one spoon.
hmm..x penah abes megi sebungkus:lol:
btw bosh,link hang kat blog aku dh berubah..hehe
lawak gile lah bile play this entry as mp3..guleng2:grin::cute::shock:
:pig:
wahahahha bagus bagus….
:lol:
saya bagik merekah sebanyak namblas jula juli bintang tujuh untuk karangan bahasa melayu ini.. syabas beta
:pig: pergh smart gler krgan ni.. basah buntot aku dibuatnya.. kamek bagik 6 bintang arh.. ermm wei zeo ko ade msn/aol/ym ker.. nak diskus skit pasal geiro.. aku nak wat seber la kowt.. :duh:
I love malay song,,,,,
I love iklim
I love saleem voice
anyone want to tell everthing about saleem now
pukimak malaysia!….malaysia x best lansung